Rabu

Profile dan sejarah syarikat Ourkizuna Resources

Assalamualaikum

Ourkizuna Resources sebelum ini didaftarkan sebagai Ourkizuna Enterprise. Apabila lesen perniagaan Ourkizuna Enterprise tamat tempoh, aku daftarkan semula sebagai Ourkizuna Resources pada 23 Oktober 2016.

Takoyaki

Syarikat ini adalah milikan tunggal aku sendiri. Buat masa ini kami beroperasi dari rumah. Akulah majikan, akulah pekerja. One man show kata orang. Masih belum mampu nak upah pekerja. Insya allah aku tengah mengumpul modal untuk menjual dari premis pulak.

Frozen Takoyaki sedia nak diambil oleh ejen
Asalnya aku mula berniaga atas permintaan pengikut blog ni yang nak cuba makan makanan Jepun. Dari situ permintaan makin banyak. Aku pun daftarkan perniagaan ni dan mula berniaga dengan agak serius. Macam orang lain, bila kata berniaga ni besarlah cabarannya. Terutamanya bagi aku yang masih bekerja sepenuh masa. Dengan anak lima orang pulak tu.

Harapnya aku tak berputus asa di tengah jalan dan dapat jadikan Ourkizuna Resources sebuah syarikat pertama milikan Islam yang utama membekalkan bahan makanan Jepun halal di Malaysia.

Cari kami di FB : Frozen Takoyaki
Hubungi kami melalui whatsapp : 0126894317
atau di Instagram : @ourkizuna

Terima kasih atas sokongan semua.

Blogger Tricks

Isnin

Senarai produk makanan Jepun halal Ourkizuna

Assalamualaikum

Berikut adalah senarai bahan makanan Jepun yang halal yang Ourkizuna Resources bekalkan. 


Barangan kering
Miso paste halal 400g RM10
Dashi 50g RM6
Wakame 40g RM8
Konbu/Kelp 40g RM10
Tepung takoyaki 500g RM6
Sos takoyaki 330ml RM15
Sos teriyaki 330ml RM15
Shoyu/kicap 330ml RM12
Bonito flakes 40g RM10
Aonori 16g RM7
Kewpie mayonis 170g RM6
Pickle ginger/gari 500g RM12
Wasabi powder 40g RM4
Sushi vinegar 330ml RM12
Nori/sushi seaweed 50pcs RM30 (Kehabisan stok buat masa ni)
Matcha powder 30g RM18
Sencha green tea bag RM1/bag
Homemade kimchi 400g rm12 (Tiada production)

Barangan frozen
Orange ebikko 500g RM50
Octopus cut for takoyaki 500g RM40

Harga untuk belian pukal (wholesale) boleh hubungi kami terus untuk sebutharga.

Whatsapp 0126894317 

Terima kasih
FB Page : Frozen Takoyaki

Sabtu

Cerita pasal berniaga

Assalamualaikum

Sedikit sebanyak aku dah update pasal anak-anak dan pasal kerja. Jadi, sekarang nak update sikit pasal perniagaan aku. Bunyinya macam masyuk sangat je kan. Alhamdulillah, perniagaan takoyaki dan makanan jepun halal aku dah mula dikenali. Pendapatan dari perniagaan tu sedikit-sebanyak dapatlah menampung keperluan anak-anak. Selain daripada pembeli persendirian, kali-sekala ada syarikat dan pemilik restoren yang hubungi kami untuk dapatkan bekalan makanan Jepun yang halal. Ada juga beberapa orang ejen yang aktif mengiklankan barangan kami. Barang yang aku bekalkan pun dah semakin banyak pilihan. Insya allah kalau ada permintaan, aku akan tambah dari masa ke semasa.

Jujurnya, nak juggle between kerjaya, family dan business adalah sangat-sangat-sangat sukar. Aku yakin ramai yang dah berjaya melakukannya dan berjaya. Dan mereka berjaya. Aku masih lagi struggle. Kadang-kadang ada kes orang dah bayar, aku terlepas pandang. Ada kes yang aku pos sebahagian, tertinggal barang yang dipesan. Terpaksa pos sekali lagi. Ada pelanggan yang sukar, tapi syukur yang kebanyakan pelanggan aku sangat-sangat baik hati dan memahami.

Aku masih belum ada kekuatan dan keyakinan nak berniaga sepenuh masa. Bukan tak yakin dengan rezeki Allah, tapi aku tak yakin aku kuat nak hadapi cabaran berniaga sepenuh masa. Dengan komitmen yang tinggi, anak pun ramai. Biarlah aku ada simpanan yang cukup dulu. 

Memang aku berharap satu hari nanti aku boleh pilih untuk berhenti kerja dan tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga dan perniagaan. Sekurang-kurangnya, kepala takde la semak dengan dateline dan KPI kerja. Tinggal fokus pada target berniaga je kan. Yang kata tinggal je tu pun besar cabarannya. Hehehe..

Apa pun. Bagi yang berminat nak tau produk makanan Jepun halal yang aku jual dengan lebih lanjut, boleh whatsapp ke 0126894317 atau cari kami di FB page : Frozen Takoyaki. Kalau ada yang serius nak jadi ejen pun boleh hubungi nombor yang tertera. Kalau boleh yang betul-betul serius lah.

Jumaat

Cerita pasal kerjaya

Assalamualaikum

Tahun 2017 ni aku kira adalah titik perubahan besar dalam kerjaya aku. Lepas 10 tahun bekerja di syarikat yang sama, akhirnya aku terpaksa buat keputusan sukar untuk bertukar kerja. Bagi yang dah bekerja lama dalam satu syarikat tentu faham macam mana sukarnya aku nak buat keputusan macam tu. Apatah lagi, pertukaran kerja ni turut melibatkan pertukaran bidang. Maksudnya, aku bukan buat kerja dalam bidang yang sama dengan kerja yang aku dah buat selama 10 tahun ni. Boleh katakan aku masuk satu bidang yang baru. 

Tak tahu lah aku buat keputusan yang bijak atau tidak. Apatah lagi, aku korbankan bonus pencapaian dan kenaikan gaji bila hantar surat berhenti kerja. Banyak kali pengurus dan ketua bahagian tanya aku, sebab sayangkan bonus tu. Memikirkan bukan senang aku nak dapat peluang bertukar kerja ni. Aku tolak dengan baik. 

Kenapa yang beria sangat nak tukar kerja selepas 10 tahun? Tak sayang ke?
Siapa lah tak sayang. Rakan sekerja aku, walau pun bukan sama bangsa tapi aku dah kenal lebih 8 tahun. Masing-masing dah rapat.

Nak diikutkan, aku bukanlah aktif mencari kerja baru pun. Kebetulan ada agensi pencari kerja yang hubungi aku untuk satu opening kerja. Dan ditakdirkan masa tu aku memang betul-betul kusut dengan tanggungjawab baru dalam kerja aku. Jujurnya aku memang tak boleh nak bawak. Dah beberapa kali aku luahkan pada pengurus dan rakan sekerja. Tapi macam tak berapa nak ada perubahan positif. Lalu, aku pun cuba je lah pergi temuduga kerja tu. Alhamdulillah aku dapat kerja tu. Nak diikutkan, bukanlah jauh sangat beza gaji dan benefit yang ditawarkan. Bahkan, benefit yang aku dapat sekarang ni lebih baik lagi. 

Cuma, beberapa bulan menjelang 2017 membawak ke tarikh yang aku buat keputusan nak hantar surat berhenti tu, aku memang tertekan yang amat. Tekanan emosi yang menyebabkan aku tak keruan. Kadang-kadang tiba-tiba aku menangis. Bila sampai rumah, aku marah-marah. Hujung minggu pun aku tertekan sebab teringatkan kerja yang kena disiapkan. Sampai satu masa, aku jumpa doktor lepas tu menangis tak henti-henti. 

Oleh sebab tu, aku rasa dah sampai masa aku tukar kerjaya aku. Masa aku pergi temuduga tu, aku berdoa, kalau kerja tu boleh perbaiki kehidupan aku dan lebih baik untuk aku, semoga aku akan lulus temuduga tersebut. Dan aku lulus temuduga tu. Jadi, aku rasa itu adalah satu panggilan untuk aku. Aku tak tau hal-hal masa depan. Tak siapa pun tau. Tapi aku yakin, Allah bagi aku lulus temuduga tu sebab itu yang terbaik untuk diri aku.

Bermula 8Mei2017. Aku mula kerja kat syarikat baru. Insya allah kalau panjang umur. Amin.

Khamis

Berdua lebih baik

Assalamualaikum

Anak yang lain berselang-seli. Dua yang akhir ni perempuan berturut. Semput nyawa ibu dengan ayah melayankan diorang berdua. Ada je aktiviti diorang. Masing-masing kuat meronda rumah.


Ibu suka menyakat, bila anak mencebik. Cepat cepat ambik gambar. Hahaha.. Kenangan. Bila dah besar nanti boleh tunjuk gambar-gambar ni kat diorang kan..
Gemar bergaya. Sebenarnya cekak bertelinga ni boss ibu yang bagi. Sampai kat rumah, jadi dia yang punya.
Budak ni pun tak padan dengan umurnya. Udah ler garang. Ada je dia nak buat dengan kakaknya. Nak dimarah, dia pun buat paling comel. Terus ada bunyi kucing mengiau kat background. Tak jadi ibu nak marah. Grr..

Bila dia berdua bergabung, ayahnya pening kepala. Kalau senyap je tu adalah dia tengah buat apa-apa yang terlarang.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com