Isnin

Resepi roti paun manis gebu dan sedap

Assalamualaikum

Aktiviti weekend aku kali ni memang masakkk je kerjanya.. Selain dari Frozen yogurt, aku buat jugak roti paun gebus ni.. 
Memang sangat sedap lembut dan gebus. Diorang makan ngan krim dan jem sebab Aqil tetiba suka makan whipped cream. Hehe.

Resepi roti paun manis lembut dan gebu
Bahan bahan :
6 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu suam
3/4 cawan gula
11g yis
3 biji telur (saiz A)
1/4 cawan mentega

Cara-cara
Dalam satu bekas besar campurkan yis dan 1/2 cawan susu suam. Biarkan sepuluh minit atau sehingga keluar buih buih. Masukkan baki 1 cawan susu, gula dan telur. Kacau perlahan sampai gula agak larut. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati. Masukkan baki tiga cawan tepung dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau masih melekit, tambah tepung secukupnya.

Sapu sedikit minyak pada mangkuk dan masukkan adunan ke dalam tu. Letak, lepas tu terbalikkan supaya kedua belah permukaan kena minyak. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama sejam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.

Bila dah naik. Tumbuk tumbuk. Lepas tu bentukkan. Masukkan ke dalam bekas yang nak bakar tu. Biarkan sampai naik lagi. Gris dengan campuran susu+telur ke atas doh dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 20-30 minit. (Aku just ambik sikit telur dari telur yang guna dalam doh tu. Tak kuasa nak ambik sebijik lagi.. Bukan guna banyak pun..)


Keluarkan dan sapu mentega cair kalau nak effect permukaan berkilat. Aku tak buat pun. Hehehe..

Adunan ni menghasilkan roti sangat banyak. So, kalau nak cuba boleh buat separuh dulu. Boleh jugak kalau nak letak inti siap siap dalam ni. Rasanya sesuai kalau masuk inti kelapa manis tu.
Berjaya merembat roti dari tangan abang. Ada telur tu nak 
oiii.. 


Daa

19 comments:

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Loooks yummmy....comei model rti tu....xkan upah rti ksong jerr kat dia...hehehe...

Psss...tu la...sng nk present...tpi tetap xpro...hehehe...

JunAina berkata... [Reply]

Rai...roti pulak?

Yaya Azura berkata... [Reply]

pun usha2 jugak resepi paun manis ni..ramai blogger buat..tapi breadmaker takde..kena cari orang tukang uli..malas betul sekarang ni..hihi

Cho Zila berkata... [Reply]

bertuahler insan yang dapat makan dari air tangan ibunyer... ha... ha.. sebab kita tak penah buat roti sendiri...

Ujie Othman berkata... [Reply]

Mmg gebu nampaknya tu...makan panas lg sedap.

MamaAliya berkata... [Reply]

Resepi roti paun ni tak pakai bread maker pun tak pe ye kak? Hand maker aje ye?

Unknown berkata... [Reply]

mamaaliya,
tak payah pakai breadmaker.. saya uli tangan je. tapi penat la sikit.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

kalau ade breadmaker lagi byk resepi yang boleh disharekan..yer tak zai? hihi..

rajin benor ko buat ek..bersungguh jugak sikecik tu makan..boleh duduk dah dia..:)

matahati-aishahazhar berkata... [Reply]

geram tengok cara dia makan roti tu..

terima kasih bagi resepi..

Nieda Ramly berkata... [Reply]

dpt resepi ni tak payah cari tepung roti . tepung gandum pun boleh

Unknown berkata... [Reply]

pergghh gebu gebasnyeeee...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

rajin sungguh yer rai !

Myra Jay berkata... [Reply]

Pernah makan roti ni.. Memang sedap :)

Myra Jay berkata... [Reply]

Pernah makan roti ni.. Memang sedap :)

Liyana Anuar berkata... [Reply]

tengok cam senang je..hehe~

Unknown berkata... [Reply]

Tq. Resepinye

eva berkata... [Reply]

dah 3 kali cuba buat roti tp x jadi2..kali ke4 jumpa resipi ni barula jadi..mmg sedap dan gebu..thanx ye..

Enef berkata... [Reply]

Salam..maaf br nak cuba.. oleh saya tau 1 1/2 cawan susu suam tu susu segar ke? Kalau guna susu tepung brp sudu+brp air suam?

Enef berkata... [Reply]

Salam..maaf br nak cuba.. oleh saya tau 1 1/2 cawan susu suam tu susu segar ke? Kalau guna susu tepung brp sudu+brp air suam?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com