Khamis

Pelbagai idea perniagaan untuk wanita

Assalamualaikum

Zaman sekarang ramai yang mengeluh perbelanjaan melebihi pendapatan. Ramai yang berminat nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tapi tak cukup idea, tak berani mencuba atau tak mempunyai modal yang mencukupi. Tepuk dada tanya selera. Pada pendapat aku, nak memulakan perniagaan tak semestinya memerlukan modal yang besar. Banyak perniagaan dengan modal kecil boleh diceburi. Lebih lebih lagi dengan adanya internet, dunia hanya di hujung jari. 

Nak hantar barang boleh just call dan syarikat penghantar akan datang ke rumah untuk pick up barang yang hendak di hantar - Pendek kata door to door service
Pembayaran boleh dilakukan secara online

Haa.. Nak apa lagi.. Boleh sangat kalau nak berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Tinggal kita punya kerajinan dan semangat je. Mulakan secara kecil kecilan. Aku sendiri berjinak jinak dengan perniagaan dengan modal rendah.

Tak berani mencuba?

Kita akan dapat apa yang kita usahakan setiap hari. Kalau hari hari rutin macam tu macam tu lah. Sila lah keluar dari comfort zone masing masing. In the end, kita tak cukup duit siapa nak tolong? Along? 

Di sini, aku senaraikan beberapa idea dan panduan memulakan perniagaan yang sesuai bagi wanita. Of course la lelaki pun bulihhh.. 

Contoh perniagaan dari rumah
(1) Berniaga roti, bun dan pizza - Berniaga makanan adalah perniagaan paling mudah mendapat sambutan. Apa lagi kalau makanan sedap dengan harga berpatutan. Mulakan secara kecil kecilan dengan menjualnya kepada jiran-jiran. Kebanyakan surirumah mungkin malas nak keluar membeli sarapan di luar. Jadi, gunakan peluang yang ada untuk mempromosikan product anda. Cipta product yang unik dengan pelbagai perisa yang sukar di dapati di kedai. Tentu ramai sukakannya.



(2) Perniagaan coklat buatan tangan - Coklat bukan saja mempunyai ramai peminat. Ianya mempunyai nilai komersial yang tinggi. Coklat yang mempunyai rasa yang sedap dengan reka bentuk menarik tentu menjadi perhatian ramai di majlis majlis perkahwinan mahu pun majlis sambutan ulang tahun kelahiran. Link tersebut membolehkan seseorang yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan coklat homemade ini melakukannya dengan kos permulaan yang sangat minimum.

(3) Bisnes tudung - Trend bertudung semakin menjadi jadi. Kalau dulu orang cuma kenal tudung bawal. Sekarang penjenamaan semula tudung dengan pelbagai nama menarik kian mendapat tempat. Tudung pada masa kini bukan saja menjadi pakaian wanita untuk menutup aurat. Malah turut menjadi satu trend fashion. Cuma, sebagai peniaga, apa yang kita kena jaga adalah pastikan tudung yang dijual itu memenuhi syarat menutup aurat, bukan sekadar balut balut

(4) Baju kurung tradisional - Upah menjahit baju kurung biasa tradisional sekarang mahal kemain kan. Paling murah RM50.. Kadang kadang boleh cecah sampai RM70-80.. Kalau dah tau asas menjahit baju kurung, boleh la pelbagaikan. Bukan sekadar ambil upah menjahit. Boleh keluarkan jenama sendiri untuk dipasarkan pulak. Ni dah nak raya, ramai yang masih kalut nak cari tukang jahit. Kalau tak sempat nak hantar ke kedai jahit, cuba mulakan buat baju sendiri dan keluarga dulu.

(5) Berniaga kuih raya - Dah nak raya ni ramai yang cari kuih raya kan.. Ramai yang malas dan tak sempat nak buat sendiri. So ini lah peluang nak cari duit raya lebih untuk anak-anak. Sekarang dah mudah nak pasarkan, pasaran meluas ke seluruh Malaysia dengan adanya kemudahan internet. Tinggal kena tahu teknik tekniknya saja..

(6) Menjual roti canai dan murtabak sejuk beku - Makanan sejukbeku dah jadi trend masa sekarang. Ianya mudah disediakan dan jadi back up sebagai hidangan pada bila bila masa saja. Untuk sarapan pagi, kadang malas nak keluar rumah kan.. 

(7) Perniagaan kek cawan - Kek cawan bukan sekadar hidangan. Ianya adalah satu seni. Kek cawan yang dihias cantik boleh dijadikan hantaran ketika majlis pertunangan dan perkahwinan. Malah walau pun kecil, modal kecil, sekiranya dihias dengan cantik, harganya boleh memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda~!

(8) Perkhidmatan dekorasi rumah - Khidmat professional untuk mencantikkan rumah. Bonus lagi sekiranya kita boleh memberi tips dan pelbagai idea nak mendekorasi rumah dengan kos yang menjimatkan. Maklumlah.. zaman sekarang semuanya mahal. 

(9) Jadi dropshipper - Dropship adalah satu term yang zaman dulunya kita panggil wakil jualan. Wakil jualan tak perlu keluarkan modal sediakan stok. Cuma perlu tolong promote barang dan dapat komisyen daripadanya bila barang dapat dijual. Pastikan kita promote tu penjualnya amanah. Ye lah.. Nanti dah jual banyak tak dapat pulak komisyennya.. Menjadi affiliate juga adalah satu cara menambah pendapatan yang bijak sebab biasanya jadi affiliate percuma je..

(10) Khidmat pemasaran di internet - Sangat ramai orang nak jadi peniaga. Ramai yang gagal dalam perniagaan bukan sebab barangan mereka tak bagus, tapi sebab tak tau kaedah berkesan memasarkan product yang dijual. Bagi yang tere menulis, idea bernas dan berkesan mungkin boleh menceburkan diri dalam bidang pemasaran. Tak perlu ada product, product adalah bakat sendiri. Bagi khidmat percuma dulu. Bila dah ada pelanggan yang berpuas hati, boleh la mulakan perniagaan.

Kalau disenaraikan betul betul. Ada 1001 satu macam jenis perniagaan modal kecil boleh diceburi dengan hanya bermula dari rumah. Yang penting kena rajin belajar dan komited pada matlamat. 

Tak tau nak cari supplier yang dipercayai dan berkaliber? 


Ingat.. Cari duit lebih bukan sekadar nak joli lebih sikit. Fikirkan pelaburan terbaik untuk melaburkan pendapatan daripada perniagaan yang diceburi tu. Kenapa? Kerana, inilah yang dapat membantu kita bersara awal dari bekerja sepenuh masa.

Apa pun.. Selamat berjaya~!!

Daa

23 comments:

Irfa berkata... [Reply]

terbaik
siapa usaha lebih, insha Allah berjaya

SalbiahM berkata... [Reply]

betul tu..yang penting nak dengan tak nak je

Nizam.Ariff berkata... [Reply]

Kalau nak tahu sama ada produk tu berdaya saing atau tak, boleh check dgn kaedah VRIO...ada dlm google, aku pun baru lepas google...

PetakBunga berkata... [Reply]

aku tgah fikir nak buat bisness apa gak ni.. oh..kalau nak berhenti kerja jaga anak kat rumah sendiri seronoknya.. tp nak masak x reti, nak jahit lagi lah.. apa lah bakat aku ni..hukk..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Zaman kakak anak dara dulu tak ada online kakak memang buat jahit baju kurung - untung ribu-riban tapi bila dah tua ni malas pulak sebab sekejap duduk menjahit dah sakit pingganglah Rai..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

betul tu.mcm mcm cara kan nak dgn x nak aje.

Ujie Othman berkata... [Reply]

paling baik kalau dpt jual mknn hasil tgn sendiri (mcm rai), tak perlu simpan stok. Buat bila ada yg nak.

saya niaga baju tdg, kalau tak laku..tanggung sendiri. :)

lieyalatif berkata... [Reply]

yg penting kite suke kan rai.... ade minat....in sha Allah mesti boleh jadi punye.... tu la lagi pun ramai yg buat bisnes online skrang nieh...hubby lieya plak sampingan2 die buat bisnes internet...alhmadulillah laaaa.... dpt tambah pendapatan sikit2...

babYpose berkata... [Reply]

betul kena keluar dari comfort zone, dan tanam minat inshaAllah bole berjaya..

Unknown berkata... [Reply]

Buat apa pon kalau x usaha...doa...dan tawakal mmg tak jadi...kan? Huhu..

Mar Mansor berkata... [Reply]

tips y berguna..betul tu kata2 mama kaOri

cik imm berkata... [Reply]

mulakan jahit untuk keluarga yeayy..tahun lepas jahit baju raya sndiri, tahun ni pun harapnye boleh lah..

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Sape usaha pasti akan ada hasilnya....mcm2 bole buat sebenarnya...nak dgn tak nak je...kan..:)

+ e.z + berkata... [Reply]

betul3... tapi saya lebih suka buat freelance grafik :)

Pakcu berkata... [Reply]

Zaman sekarang dah byk persaingan...susah pula nk berniaga..sebb rakan2 yg lain pun berniaga juga...huhuhuh

http://www.keladionline.com/2015/12/contest-review-lynk.html?m=1

Pakcu berkata... [Reply]

Zaman sekarang dah byk persaingan...susah pula nk berniaga..sebb rakan2 yg lain pun berniaga juga...huhuhuh

http://www.keladionline.com/2015/12/contest-review-lynk.html?m=1

Si Anak Semut berkata... [Reply]

ilmu yang bermanfaat..👍👍👍

Si Anak Semut berkata... [Reply]

ilmu yang bermanfaat..👍👍👍

Unknown berkata... [Reply]

Kami adalah perusahaan yang terdaftar, meminjamkan uang kepada orang-orang yang membutuhkan bantuan keuangan mendesak, dan mereka yang telah ditolak kredit dari sana bank karena skor rendah kredit, pinjaman bisnis, pinjaman Pendidikan, mobil pinjaman, kredit rumah, kredit perusahaan (dll), atau untuk membayar utang buruk atau tagihan, atau yang telah scammed oleh pemberi pinjaman sebelum uang palsu? Selamat, Anda berada di tempat yang tepat, dapat diandalkan Pinjaman Perusahaan Ibu Kelly untuk memberikan pinjaman dengan tingkat bunga yang sangat rendah dari 2% telah datang untuk mengakhiri semua masalah keuangan Anda sekali dan untuk semua, untuk informasi lebih lanjut dan pertanyaan hubungi kami melalui email perusahaan kami: kellywoodloanfirm@gmail.com
Terima kasih
Terima kasih dan Tuhan memberkati
Ibu kelly
KellyWoodLoanFirmLTD
(Kellywoodloanfirm@gmail.com)

Unknown berkata... [Reply]

AKHIR TAHUN LOAN OFFER !!! AKHIR TAHUN LOAN OFFER !!!
Berita baik untuk semua, Sunshine Syarikat pinjaman memberikan pelanggan pinjaman berpatutan tanpa cagaran bagi baki bulan 2016, bagi anda untuk mula 2017 anda dengan pelan yang berjaya.

Adakah anda berfikir tentang memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan mereka, kerana kami menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman pelajar, dan semua jenis kadar faedah pinjaman sebanyak 2%. tergesa-gesa sehingga sekarang dan menjadi sebahagian daripada program ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami sekarang melalui e-mel Sunshineloancompany@gmail.com
SUNSHINELOANCOMPANY

Unknown berkata... [Reply]

AKHIR TAHUN LOAN OFFER !!! AKHIR TAHUN LOAN OFFER !!!
Berita baik untuk semua, Sunshine Syarikat pinjaman memberikan pelanggan pinjaman berpatutan tanpa cagaran bagi baki bulan 2016, bagi anda untuk mula 2017 anda dengan pelan yang berjaya.

Adakah anda berfikir tentang memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan mereka, kerana kami menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman pelajar, dan semua jenis kadar faedah pinjaman sebanyak 2%. tergesa-gesa sehingga sekarang dan menjadi sebahagian daripada program ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami sekarang melalui e-mel Sunshineloancompany@gmail.com
SUNSHINELOANCOMPANY

Mrs Margaret Cartner berkata... [Reply]

berita kepada semua pelanggan yang dihormati, kami di MARGARET CARTNER PINJAMAN SERVICES baik menawarkan pinjaman faedah 2%, tetapi kini kami menawarkan pinjaman faedah 1.5% disebabkan oleh akhir kami bonanza tahun. Anda datang pada masa yang tepat, kami menggesa anda bahawa jika anda mengikuti arahan dan arahan kami, anda akan dapat untuk mendapatkan pinjaman anda dalam masa 24 jam selepas permohonan. hubungi kami melalui margaret_cartnerloanservices@financier.com
Terima kasih Untuk Naungan Anda.

Hai saya Adibah! berkata... [Reply]

Betul sangat ni..asalkan ada idea bisnes, boleh je buat dari rumah.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com