Rabu

Resepi Okonomiyaki terlampau sedap

Assalamualaikum

Okonomiyaki merupakan sejenis makanan Jepun yang semakin glemer juga. Walau pun tak sepemes sepupunya Takoyaki, tapi okonomiyaki dah makin dikenali.

Rasanya hampir serupa sebenarnya, tapi ada sedikit perbezaan dari segi pembuatan dan bahan bahan yang digunakan. Paling ketara, okonomiyaki lebih flexible bahan yang digunakan dan rupanya seperti lempeng. Kalau omputeh diorang panggil Japanese pancake gitu. Tapi maksud okonomiyaki adalah bakar ikut suka. Okonomi - suka hati, yaki - bakar.. So, masukkanlah apa pun bahan tambahan ke dalam lempeng tersebut mengikut citarasa masing masing.

Sebelum aku jumpa resepi okonomiyaki terlampau sedap ni, macam-macam jugak lah resepi yang cuba sebenarnya. Tapi, resepi yang kali ni insya allah yang terbaik so far.


Blogging dizaman tak pakai smartfon, makanya takde gambar ye adik kakak.. Sila redho~

So meh aku share pulak resepi terbaru yang terlampau sedapnya.. Jauh lebih sedap dan gebu dari gunakan tepung okonomiyaki segera!!

Resepi okonomiyaki yang terlampau (4 keping sederhana)
Bahan-bahan
Tepung 150gram
Yamaimo 150gram diparut ** (Baca penerangan lanjut di bawah ya)
Dashi 8gram (1 stick)
Telur 3 biji
Baking powder 1 sudu teh
Garam 1/2 sudu teh
Air 200ml
300gram kobis potong nipis
Tenkasu (optional)
Udang/Sotong/Tuna dalam tin (Nak letak cheese pun boleh, tapi paling sedap bagi aku letak udang atau tuna lah.. Memang paberet!!)

Minyak secukupnya untuk membakar

Topping
Kewpie Mayonis
Aonori seaweed
Okonomiyaki sauce (Aku guna je takoyaki sauce tu..sebelum ni guna sos bulldog)
Bonito flakes (katsuo bushi)

Cara membuatnya :-
Bancuhan tepung sebelum masuk sayur mayur
Campurkan tepung, garam, dashi dan baking powder. Campurkan pula telur, air dan yamaimo yang telah diparut. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tenkasu, kobis dan udang. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum di bakar atas pan. Masa nak masak tu, buat macam buat lempeng, tapi jangan penyekkan sebatian atas pan tu supaya hasilnya gebu dan lembut.

Terbalikkan bila sebelah dah masak. Bila dah masak kedua belah, angkat dan letakkan topping ikut turutan yang disukai.. Aku suka letak sos>aonori>bonito flakes> mayonis.
Sebelum diparut

Yang sebatang tu rupa yamaimo cina.. Yang melekit nampak berlendir tu la yamaimonya.. Nampak comot sikit sebab isinya putih.. Ada bahagian yang lebam lebam tu aku tak buang betul betul sebab gatal tangan.. Haha

Baiklah.. Sekarang tentang yamaimo. Yamaimo adalah sejenis keladi jepun. Rupanya putih, permukaannya berlendir. Kalau diparut ianya akan nampak rupa berbuih, berlendir dan pekat. Kalau boleh jangan pegang direct dengan tangan sebab getah dia sangat gatal. Tiap kali pun aku tergaru garu. Hahaha.. Yamaimo ni harganya sangat mahal kalau di Malaysia. Dan susah nak dapat. Setakat ni aku pernah jumpa di Jaya Grocer Empire Shopping Mall Subang Jaya. Harganya RM30/kg. Satu ketul kecik aku guna untuk satu adunan harganya RM4++.. Hahaha..

Tak jumpa? Jangan risau. Ada sejenis keladi cina yang namanya berbeza tapi dari spesis yang sama. Dengan kata lain, sama gatal sama berlendir tapi lebih mudah dijumpai dan harganya lebih murah. Kat Tesco ada jual. Namanya Shan Yao. Harganya RM10/kg.

Kalau tak jumpa/tak kenal atau simply malas nak carik, ganti je ngan tauhu jepun. Rasanya akan lari sikit, tapi insya allah sedapp..Sebab keladi yang guna tu takde rasa. Ianya berperanan untuk bagi tekstur yang lembut dan gebu pada okonomiyaki. Tapi kalau guna tauhu jepun tu ada rasa jugak kan. Tapi dari segi tekstur insya allah paling mendekati.
Okonomiyaki topping cheese

Serius rugi kalau tak cuba. Memang sedap sampai pejam pejam mata.. Itu pun kalau korang penggemar makanan Jepun lah. Hehehe..

Bagi yang nak mencuba dan tak tahu nak dapatkan barangannya di mana boleh cuba lihat di sini

Selamat mencuba

Daa

22 comments:

Ayu azmir berkata... [Reply]

Macam sedap je tapi banyak sangat benda yg tak kenal... huhuhu.... kene ade mood ni nak cuba... tapi macam sedap je...

cik imm berkata... [Reply]

wowowowwow detaaa!!! resepi dah ade, rajin n malas je ni.hahah..thanx kak rai for the resepi,,dah bjaye kumpul semua bahan kang, nak buat lah..

Ujie berkata... [Reply]

pening jap baca..byk benda2 tak dikenali. Agaknya kalau dah penah mkn baru sng kenal.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata... [Reply]

Mana senang nak cari bahan-bahannya Rai.. macam tepung dan keladi tu.. tengok macam sedap tu :)

Aziela berkata... [Reply]

Sedapnyaaaaa.... Akak suka sangat makan. Kalau beli kat food court Aeon tu, mahal kan. Beli 2 keping, balik, kerat2 makan sekeluarga,...hahahhaha

Adam pun pandai, dia kata buat sendiri pun boleh agaknya ni. Kobis jer banyak kat Aeon tu kan. Bonito flakes tu senang nak jumpa kan, tapi keladi Jepun tu susah. Akak selalu nengok kat tv jer....

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Ayu azmir, kalau tak kenal sangat barangnya boleh order je ngan kami.. hihi

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@cik imm, order je kat akak pun bulihhh.. haha

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Ujie, tak semestinya jugak.. ramai je makan tapi tak kenal bahan2 membuatnya.. mcm kita makan ikan, tapi tak kenal tu ikan apa.. hehe..

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), di aeon ke insya allah ada jual.. nak senang boleh order ngan saya.. ada link kat atas tu.. :)

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@Aziela, memang tersangat mahal kak.. marah saya tau!! padahal bukan susah pun buatnya.. cuma barangnya tu susah sikit cari la kalau orang tak biasa :)

Mar Mansor berkata... [Reply]

lepas ni rai leh bukak kedai makanan jepun,,harga member2 ok..terliurr

lieyalatif berkata... [Reply]

lieya ade kawan rai yg dok jepun skrang...mmg sllau tgk die post pic buat okonomiyaki kat fb die....teliur2 tgk.... tup2 rai pun cite gak nieh.... mmg nampak menarik...bahan2 nak buat tu senang ke nak dpt rai...

Misz-ella Ismail berkata... [Reply]

Weihhh .. bak la seketoi. bergoyang dangdut peyut kc nih

sukaxplo berkata... [Reply]

salam

fuhh..kene try nih..selalu makan lempeng bawang jek

PetakBunga berkata... [Reply]

brg aku x kenl lah rai..
ko ngidam mknan jepun skrg ni ek..Rai?
hih

Cik Puan Fadli berkata... [Reply]

nampak sedap...sampai tgeliat lidah nak sebut..hahaha...

hai rai...miss u...

asyifa mustaffa berkata... [Reply]

Nmpk sedap...baca resepi pun main masuk2 je ye smuanya.....boleh la 1 hri nnti duk mncri bahan2 tu...tp rasanya aeon ada kut...sbb kat c2 bnyk juga brang dri jepun...

mama ka0ri berkata... [Reply]

Buatkan utk aku!! Dh lama x mkn..dasar malas..haha

misz sheyla berkata... [Reply]

mahalnye keladi jepun...hihi suka masak2 mknan jepun...nak buat sendiri x reti a.k.a pemalas...pernh beli kat the mines benda ni...tpi xsedap sgt

Mimi Azirah berkata... [Reply]

nampak sedap

QasehnyaRania berkata... [Reply]

mesti sedap kalau pandai makan makanan jepun kan.
tapi agak mencabar juga sbb x byk kenal brg

lydiarayyan berkata... [Reply]

Aaah...... susah! Tak nak buat..! Hahahahaha

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com